Salam Sume......
Walaupun cerita ni telah pun berlaku pada bulan Februari yang lepas, tapi saya nak jugak berkongsi cerita ini pada sume kawan2 dan pembaca blog ini.....
Adik lelaki saya yang ke-4 telah dapat menamatkan latihan dan menjawat jawatan sebagai polis.... Saya dan keluarga mengambil peluang itu utk datang ke Majlis Tamat Latihan tersebut sebagai ucapan tahniah kepadanya..... Sebagai kakak saya rasa bangga dan bersyukur kerana adik saya ini telah memilih jalan hidupnya sendiri.... Diharapkan dia dapat meneruskan perjalanan hidup yang dipilih ini dengan cara yang betul dan sebaik2nya.
Selama 7 bulan, dia menjalani latihan di Borneo Height, Sarawak. Kebetulan, adik saya yang ke-3 memang tinggal di Kuching mengikut suaminya yang bekerja sebagai navy. So, tempat tinggal tidaklah menjadi masalah untuk kami. Saya, emak, ayah, andak dan acu terbang ke sarawak pada petang khamis. Majlis tersebut dijalankan pada hari Sabtu. Hanya adik saya yang ke-2 tidak dapat hadir kerana masalah peribadi.
Di bawah ini adalah gambar2 yang sempat kami ambil semasa di sana;
Ayah & Achik
Emak & Achik
Me & Achik
Achik & Frens
Sempat beli kek lapis Sarawak..... heh heh
0 comments:
Post a Comment