Menu Malam Tadi ~ Yummy!!

Friday, April 30, 2010

| | | 0 comments
Salam sume.......

Aper saya makan malam tadi?? Ni nak cerita la ni...... Dah seminggu keluarga mertua saya ader kat umah.... agak besh gak la sebab balik keje ader orang masakkan, makanan dah sedia...... hehe..... Semalam sampai je umah, dah bau sumthing yang sedap..... Terus jengah dapur..... Adik ipar dan mak mertua tengah memasak...... cam nak wat kenduri je gamaknya..... tapi memang masak sumthing yang sedap la, so saya pun tolong gak la mana yang patut... takkan nak tengok je kan, tapi semalam ketua chef ialah adik ipar, so saya ngan mak mertua just pembantu dapur je, hehe....... Nak tau aper menunya?...... meh tengok gambar2 kat bawah.....

Ikan Siakap Masam Manis


Udang Goreng Butter


Kailan Ikan Masin


Kerabu Mangga


Terliur ke? hehe...... Memang sedap sehingga menjilat jari..... tapi saya tak makan kerabu mangga tu.... tak suka sangat, tapi adik ipar tu memang suka kerabu mangga.... buat satu pinggan dah tinggal sikit je.... memang terror la, tak sakit perut agaknya dia......

Aper pun, thanks Ijan....... sebab masak sedap semalam..... tapi utk sape ye masak sedap2 ni??? kuang, kuang, kuang.........

Ok, jumpa di post yang akan datang........ ceria selalu!






Korean Drama ~ Oh! My Lady

Thursday, April 29, 2010

| | | 0 comments
Genre : Romantik, Komedi
Tayangan : March 2010 ~ May 2010
Barisan Pelakon : Chae Rim, Choi Si Won, Lee Hyun Woo

Sinopsis : Drama ini mengisahkan tentang seorang janda beranak satu (Yoon Gae Hwa) yang terpaksa mencari rezeki lebih untuk mengubah kehidupannya dan nasib menemukan dia dengan seorang pelakon kacak (Min Woo) yang agak sombong. Min Woo menyuruh Gae Hwa menjaga anak perempuan nya (Ye Eun) secara senyap setelah ibu anak itu melarikan diri dan meninggalkan nya. Gae Hwa bersetuju akan tetapi sebagai galang gantinya dia menyuruh Min Woo menyertai teater muzikal anjuran syarikat tempat dia bekerja. Pelbagai kisah terpaksa mereka hadapi untuk menyembunyikan anak Min Woo dari pengetahuan umum.
~ Pada pendapat saya, drama ini menarik kerana ceritanya tidak berat dan sesuai ditonton oleh semua lapisan. Cerita yang menyelitkan kisah kekeluargaan, kasih sayang dan kepentingan pekerjaan dalam kehidupan. Dan juga mendedahkan kisah kehidupan artis yang penuh misteri.
Drama ini sedang ditayangkan di saluran SBS Korea. Kepada yang berminat untuk menonton drama ini boleh melayari link ini :

Aktiviti Hujung Minggu

Wednesday, April 28, 2010

| | | 2 comments
Salam Sume,
Sabtu dan ahad lepas, saya balik ke kampung emak & ayah di Sg. Rengit. Sebenarnya dah lama dah rancang nak buat pizza di kampung. Sebabnya, umah mak saya ader oven dan orang yang nak makan pun ramai la sikit berbanding kami berdua suami isteri kan... Jumaat balik keje, saya sempat bershopping bahan2 nak buat pizza ni.... resepinye awal2 lagi dah amik dari internet.... Sbnrnya dah lama kakak di pejabat tu bercerita yang dia selalu buat pizza kat umah utk anak2 dia dan salah seorang kawan pejabat saya pun dah mencuba.... So, bile dah dengar cerita diorang, dan rasa cam senang gak la nak buatnya, saya pun rasa nak mencuba...
Pada hari sabtu tu, sampai je kampung dalam kol 5, saya rehatkan badan sekejap, pastu terus masuk dapur dan bersinsing lengan untuk menyiapkan pizza yang dirancangkan tu..... So, aper lagi, uli lah tepung sampai naik.... pastu biar la tepung dalam sejam.... sambil tunggu tepung nak naik, saya pun sedia la bahan2 nya lain.....
Aper yang saya letak sebagai topping? Saya letak sosej mushroom, cendawan, capsicum hijau & merah, crab stick, bebola daging dan bawang besar, hehe.... actually, pizza saya ni takde tema, sume main belasah je.... nak kata pizza seafood pun bukan, nak kata pizza daging pun bukan.... pizza carca marba namanya. Pada awalnya takut gak pizza saya tak jadi... utk yang kali pertama saya buat 2 pizza dalam saiz agak besar gak la..... empat segi.... satu pizza, saya dan keluarga wat makan malam dan selebihnya saya bagi kat rumah makcik saya di Sepang.
Oleh sebab bahan nyer banyak lebih, keesokkannya saya decide nak wat lagi... tapi saya wat dalam saiz sederhana pulak... so, dapat la 5 keping..... yang ni kita org bagi kat makcik2 Teluk Empang lak.....
Nampaknya, diorang agak suka so maknanya dapat sambutan positif la..... heh heh..... tak sangka pandai gak wat pizza saya ni.... Actually, tak la pandai sangat, tapi boleh la utk wat makan sekeluarga.... ye la kalau nak belanja sume rumah makan pizza cam saya buat ni, nak beratus2 jawabnya... tapi kos saya tak sampai pun rm50..... memang menjimatkan, leh berbagi2 dan dapat la test skill sendiri kan....
Anyway, pada yang nak try tu, leh la gi cari resepi kat google ye!..... K la, jumpe di post yang akan datang... ceria selalu!

Korean Artist ~ SS501

| | | 2 comments

Asal : South Korea
Genre : Pop, R&B, Dance
Tahun Aktif : 2005 - sekarang
Penaung : DSP Entertaiment
Ahli Kumpulan : Kim Hyun Joong (Ketua); Heo Young Saeng;
Kim Kyu Jong; Park Jung Min & Kim Hyung Jun

SS501 (disebut sebagai Double S501) adalah South Korea Boyband dibawah naungan Daesung Entertainment (DSP Ent). Kumpulan ini memang sangat terkenal di Korea. Kebanyakan lagu2 nya mendapat tempat di hati peminat seperti:-

* Because I'm Stupid (OST Boys Over Flower)
* A Song Calling For You
* Ur Man
* Dejavu
* Love Like This

Kelima-lima ahli kumpulan ini juga aktif dalam bidang yang lain seperti berlakon, mengacara, berteater dan juga sebagai penyampai radio. Kumpulan ini juga terlibat dalam beberapa 'variety program' terkenal di Korea.
Mereka juga telah mengadakan konsert di serata dunia seperti di Los Angeles, Jepun, Thailand, Hong Kong & Taiwan. Pingat yang diperolehi selama 5 tahun berkecimpung di dunia seni ini juga boleh dibanggakan.

Di bawah ini adalah ahli kumpulan SS501;

Nama : Kim Hyun Joong
Tarikh Lahir : 06/06/1986
Jenis Darah : B
Tinggi : 182cm
Berat : 68kg
Aktiviti : Berlakon (Boys Over Flower)



Nama : Heo Young Saeng
Tarikh Lahir : 03/11/1986
Jenis Darah : O
Tinggi : 178cm
Berat : 63Kg

Nama : Kim Kyu Jong
Tarikh Lahir : 24/02/1987
Jenis Darah : A
Tinggi : 182cm
Berat : 65kg
Aktiviti : Berlakon


Nama : Park Jung Min
Tarikh Lahir : 03/04/1987
Jenis Darah : O
Tinggi : 181cm
Berat : 67kg
Aktiviti : bergiat dalam seni teater

Nama : Kim Hyung Jun
Tarikh Lahir : 03/08/1987
Jenis Darah : O
Tinggi : 181cm
Berat : 66kg
Aktiviti : Deejay Radio

Tamat Latihan Polis ~ Adik Yang Ke-4

Tuesday, April 27, 2010

| | | 0 comments
Salam Sume......

Walaupun cerita ni telah pun berlaku pada bulan Februari yang lepas, tapi saya nak jugak berkongsi cerita ini pada sume kawan2 dan pembaca blog ini.....

Adik lelaki saya yang ke-4 telah dapat menamatkan latihan dan menjawat jawatan sebagai polis.... Saya dan keluarga mengambil peluang itu utk datang ke Majlis Tamat Latihan tersebut sebagai ucapan tahniah kepadanya..... Sebagai kakak saya rasa bangga dan bersyukur kerana adik saya ini telah memilih jalan hidupnya sendiri.... Diharapkan dia dapat meneruskan perjalanan hidup yang dipilih ini dengan cara yang betul dan sebaik2nya.

Selama 7 bulan, dia menjalani latihan di Borneo Height, Sarawak. Kebetulan, adik saya yang ke-3 memang tinggal di Kuching mengikut suaminya yang bekerja sebagai navy. So, tempat tinggal tidaklah menjadi masalah untuk kami. Saya, emak, ayah, andak dan acu terbang ke sarawak pada petang khamis. Majlis tersebut dijalankan pada hari Sabtu. Hanya adik saya yang ke-2 tidak dapat hadir kerana masalah peribadi.

Di bawah ini adalah gambar2 yang sempat kami ambil semasa di sana;
Ayah & Achik
Emak & Achik

Me & Achik

Achik & Frens
Sempat beli kek lapis Sarawak..... heh heh

Ok lah, sampai sini aje dapat dikongsikan..... jumpe di post akan datang...... ceria selalu!

Korean Drama ~ God Of Study

Monday, April 26, 2010

| | | 0 comments

Genre : School, Comedy, Romance
Episodes : 16

Sinopsis : Drama ini mengisahkan tentang seorang peguam (Kang Suk Ho) yang menolong lima pelajar lemah dalam sekolah untuk berjaya dalam peperiksaan dan memasuki universiti terbaik di Korea. Dan dia mencipta satu kelas khusus untuk pelajar2 tersebut. Pelbagai dugaan yang perlu di lalui oleh Suk Ho untuk memastikan pelajar2 ini berjaya. Ianya juga diselitkan dengan masalah keluarga pelajar yang ada dalam realiti kehidupan kita sekarang ini.

~ Saya cadangkan drama ini kerana ianya sesuai untuk tontonan seisi keluarga, lebih2 lagi kepada anak2 yang masih belajar kerana drama ini memberi cara2 untuk belajar dengan betul dan ianya juga menerapkan prinsip kekeluargaan yang kuat dalam mendidik anak2.

Drama ini telah ditayangkan di saluran 303 KSBW Astro pada awal tahun 2010. Tetapi kepada yang berminat untuk menonton drama ini boleh melayari link ini : http://www.mysoju.com/god-of-study/

Korean Entertainment

| | | 0 comments
Salam sume......
Dalam beberapa hari ni, saya asyik memikirkan aper tema blog saya ini..... kalau boleh taknak lah terlalu biasa dan biarlah blog ini boleh memberi maklumat kepada segelintir pembaca.... tapi aper? So saya cari sumthing yang saya banyak tahu tentangnya... dan saya amik keputusan untuk buat satu folder tentang "Korean Entertainment"(taklah tau sangat, tapi saya akan cuba usahakan utk memberi yang terbaik).... Isi folder ini maybe saya akan muatkan perkembangan tentang artis, drama, filem dan variety program dalam industri seni korea. Saya tahu ader segelintir orang Malaysia yang meminati cerita2 korea tapi tidak mendapat maklumat yang mencukupi tentangnya.....
Seingat saya, saya sudah meminati drama korea ini sudah lebih dari 10 tahun.... pada masa tu, saya hanya dapat menonton drama yang ditayang di saluran tempatan. Tetapi dengan adanya teknologi yang terkini dan canggih ini, kita boleh menontonnya di internet dan "up to date" lagi.
Saya rasa ramai yang tahu drama korea seperti "Full House", "My Name Is Sam Soon", "My Girl", "Green Rose", "All In" dan banyak lagi.....
Drama2 ini memang menjadi bualan ramai satu masa dulu, tapi dalam blog saya ini, akan saya berikan maklumat dan tajuk2 drama yang terkini di korea yang boleh anda pilih mengikut citarasa anda untuk ditonton.
K lah, berjumpa kita di post yang akan datang........ Ceria selalu!

My First Attempt as a Blogger

Friday, April 23, 2010

| | | 0 comments
Salam sume.....

Ni percubaan pertama nak ber"blog"..... so aper pun kekurangan pejamkan mata lah ye..... tapi ader pe2 nasihat nak diberikan, akan diterima ngan ati yang ikhlas..... Sebenarnya, is ader gak perhati blog2 kawan terutama kak mimi yang memang menjadi inspirasi is utk create blog sendiri.....hehe..... thanks kak mimi sebab menjadi sumber inspirasi is......

Banyak gak perkara yang bermain dalam kotak fikiran utk dijadikan bahan cerita..... Is akan jadikan blog ni sebagai diari harian, memang tak memberi harapan yang tinggi pada blog ni, tapi Is berjanji akan memperbaikinya dari masa ke masa...... Diharap kawan2 leh beri Is peluang, ok.....

K lah..... kita jumpa lain kali..... senyum selalu!...