Korean Drama ~ Cinderella's Sister

Wednesday, May 12, 2010

| | | 0 comments

Genre : Drama Romantik, Percintaan, Kekeluargaan
Tayangan : March 2010 - June 2010
Barisan Pelakon : Chun Jun Myung, Moon Geun Young, Seo Woo, Ok Taecyon
Sinopsis : Drama ini mengisahkan 2 beradik tiri yang tidak sehaluan dan sependapat yang juga mencintai lelaki yang sama. Pada awal drama ini, ianya banyak mengisahkan Eun Jo yang mempunyai ego yang tinggi dan sangat berdikari, di mana adik tirinya Hyo Seon pula seorang yang sangat manja dan sangat bergantung kepada bapa dan orang sekelilingnya. Oleh kerana sikap yang jauh berbeza itu, mereka selalu berselisih pendapat dan menyebabkan hubungan mereka renggang. Walaupun begitu, kedua2 mereka sebenarnya sangat menyayangi antara satu sama lain tetapi tidak ditunjukkan. Setelah kematian bapa mereka, atas desakan keadaan Eun Jo & Hyo Seon terpaksa bergabung tenaga dan idea untuk menyelamatkan kilang arak keluarga mereka.
Ki Hoon pula adalah lelaki yang diminati oleh Hyo Seon dari zaman remaja tetapi Ki Hoon mencintai Eun Jo. Eun Jo juga mempunyai perasaan yang sama tetapi dipendam kerana tidak mahu menyakiti Hyo Seon. Apakah kesudahan cerita ini? Sila saksikannya sendiri di KBSW Astro (saluran 303), setiap rabu dan khamis 9.00 malam.

~ Pada pendapat saya cerita ini sangat menarik kerana mengisahkan tentang hubungan dua beradik yang renggang tetapi dalam masa yang sama bersatu kerana keadaan yang terdesak. Kisah yang banyak bermain dengan perasaan penonton, di mana amat sesuai untuk ditonton oleh mereka yang sukakan kisah2 sedih begini.
Kepada yang tidak mempunyai masa untuk menonton drama ini di televisyen, anda boleh melayari link di bawah ini;